Kami sentiasa mementingkan aspek keselamatan dan juga keselesaan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami sentiasa cuba memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami. Kita sering mendengar kemalangan yang melibatkan bayi atau kanak-kanak yang diletakkan atas riba. Kajian Institut Penyelidikan Kemalangan Jalanraya Malaysia (MIROS), penggunaan kerusi keselamatan bayi atau 'Infant Carrier' mampu melindungi bayi ketika berlakunya kemalangan. Atas sebab itu kami menyarankan anda untuk menggunakan kerusi keselamatan bayi ketika di dalam kereta. Samada kerusi anda sendiri atau boleh menyewa unit kerusi keselamatan bayi / Infant Carrier kami ini dengan hanya RM10 sahaja .
Sedikit info mengenai kerusi keselamatan bayi jenis Volvo ini,
Jika berat bayi anda 0 sehingga 10kg, dia memerlukan kerusi keselamatan menghadap ke belakang. Ia dikenali sebagai Kumpulan 0, 0+ atau Peringkat 1 kerusi keselamatan, ia lebih mudah dikenali sebagaiinfant carrier.
Kebanyakan infant carrier yang ada di pasaran diklasifikasikan sebagai Kumpulan 0+ (pilihan terbaik untuk bayi semasa menaiki kereta kerana dengan menghadap ke belakang untuk tempoh masa lama, ia memberikan sokongan kepada kepala dan lehernya).
Bayi kecil kerap tidur, jadi anda mudah untuk mengalihkan bayi keluar masuk kereta tanpa mengejutkannya dengan menggunakan infant carrier yang mempunyai pemegang. Ia juga didatangkan dengan bantal kecil yang membantu kepala bayi baru lahir tidak terhuyung-hayang semasa kereta bergerak. Anda boleh menggunakannya untuk tempoh masa tiga bulan pertama atau sehingga bayi boleh menyokong kepalanya dengan betul.
Kebaikan infant carrier jenis VOLVO ini adalah anda boleh membawa bayi keluar masuk kereta tanpa mengganggunya tidur.
Sila hubungi kami untuk tempahan awal...
www.klezcar.com
(pilih Sepang sebagai branch pilihan)
HOTLINE
1-300-88-4040
(24 HOURS)
WHATSAPP@SMS
+6013-961 5757
(830am-10pm sahaja)
0 Comments